PELAJAR SEMESTER AKHIR UiTM PUNCAK ALAM TERIMA TAJAAN DARIPADA PUNCAK DESIGN STUDIOS
Published: 26 July 2026
By Raja Arfariezan
Selangor 26 Julai 2026 – Puncak Design Studios dengan bangganya mengumumkan penyertaan rasmi sebagai penaja dalam IMPRESORA 2026, sebuah program showcase pelajar tahun akhir yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Julai 2026, bertempat di Galeri Lakeside, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam. IMPRESORA 2026 merupakan platform unik anjuran Jabatan Teknologi Percetakan yang membolehkan pelajar tahun akhir mempamerkan hasil projek mereka selepas melalui proses penilaian projek peringkat universiti. Program ini turut membuka pintu kepada wakil industri percetakan, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, serta orang awam untuk hadir dan menyaksikan sendiri kreativiti generasi muda dalam bidang reka bentuk dan percetakan. Sebagai sebuah syarikat berasaskan bidang kreatif yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan menawarkan perkhidmatan brand identity, graphic design, social media management serta printing, penyertaan Puncak Design Studios dalam IMPRESORA 2026 selari dengan visi syarikat untuk terus menyokong pembangunan bakat-bakat muda dalam industri kreatif tempatan. “Kami percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan dan bakat muda adalah pelaburan dalam masa depan industri reka bentuk negara. IMPRESORA 2026 memberi kami peluang untuk berhubung secara langsung dengan bakal-bakal graduan yang akan menjadi nadi kepada industri percetakan dan reka bentuk pada masa hadapan.” kongsi Ahmad Aizat Zakwan, Pengurus Utama merangkap pemilik dan penemu Puncak Design Studios. Melalui penajaan ini, Puncak Design Studios bukan sahaja mendapat pendedahan jenama kepada khalayak yang pelbagai merangkumi pelajar universiti, pendidik, wakil industri, dan orang awam malah turut menzahirkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang kepada pembangunan bakat masa hadapan dalam bidang reka bentuk dan percetakan. Kolaborasi antara Puncak Design Studios dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam ini turut membuktikan bagaimana sinergi antara dunia pendidikan, industri, dan komuniti kreatif mampu mewujudkan platform yang saling menguntungkan kedua-dua pihak. Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan hasil karya pelajar tahun akhir Jabatan Teknologi Percetakan UiTM Puncak Alam dijemput hadir ke IMPRESORA 2026 pada 24 sehingga 25 Julai 2026 di Galeri Lakeside, UiTM Puncak Alam.